Pengenalan
Wordpress merupakan salah satu daripada tapak sumber terbuka
( open source platform ) untuk membina laman web atau blog. Wordpress dibangunkan dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan dijanakan bersama MySQL ` database `.
Selain itu, WordPress juga merupakan salah satu sistem web yang membolehkan kita membina blog dan laman web secara profesional. Apabila kita telah menyimpan
( install ) WordPress ke dalam Web Hosting dan mengaktifkan WordPress , maka kita boleh mula menulis isi kandungan, membuat laman pautan ( link ), laman profil dan sebagainya.
MEMBINA LAMAN WEB MENGGUNAKAN WordPress.com
1. Menetapkan jenis laman web yang hendak dibina :
- Blog
- Organisasi
- Forum
- Komersil
- Perniagaan
- Direktori
- Informasi
- Hiburan
2. Menetapkan fungsi yang hendak dimuatkan dalam laman web :
- Perkongsian maklumat dan informasi.
- Blog
- Muat turun ( download ) dokumen.
- Soal selidik
- Ruang komen
- Forum
- Undian
- Mencetak informasi
- Chatting
- Membina koleksi foto dan video
- Pautan laman sosial ; Facebook, Twitter
- Pautan kepada laman web lain
3. Mendaftar akaun WordPress.com :
- Tunggu beberapa saat sehingga halaman sign up muncul.
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama alamat laman web atau blog yang dipilih ( Blog Address ), nama pengguna ( Username ), kata laluan ( Password ), alamat e-mail ( E-mail Address ) dan bahasa yang dipilih ( Blog Post Language ).
4. Mengenali Fungsi Dashboard.
- Selepas mendaftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang betul, anda akan dibawa ke halaman Dashboard. Dashboard merupakan halaman belakang ( back end ) yang membolehkan anda untuk membuat kiriman ( post ), menguruskan komen, menukar tetapan dan banyak lagi.
- Segala kiriman dan tetapan yang telah diuruskan akan terpapar pada halaman depan ( front end ) laman blog atau web yang boleh dilihat oleh orang lain.
- Untuk melihat halaman depan ( front end ) laman web, klik pada nama laman yang terletak pada bahagian atas Dashboard.
5. Mengubahsuai Paparan Pada Laman Web.
- Melalui Dashboard, anda boleh mengubahsuai paparan dan reka bentuk laman web berdasarkan citarasa dan kreativiti anda.
- Pergi pada bahagian Appearance.
- Pada bahagian Appearance, terdapat beberapa fungsi yang disediakan bagi membantu anda untuk melakukan pengubahsuaian.
- Bagi mengubah tema paparan ( themes ), klik pada Themes.
- Pada bahagian ini, anda boleh memilih tema yang sesuai dengan paparan yang anda kehendaki.
- Setiap tema yang disediakan oleh WordPress.com mempunyai fungsi dan bentuk paparan yang berbeza.
- Bagi tujuan latihan dalam kursus ini, anda akan menggunakan tema Mystique.
Anda juga boleh menetapkan pelbagai fungsi tambahan ke dalam laman web menggunakan kemudahan widgets.
- Untuk mengaktifkan fungsi widget yang dikehendaki, anda hanya perlu klik pada widget tersebut dan tarik ( drag ) ke bahagian Default sidebar, Secondary sidebar, First Footer Widget Area, Second Footer Widget Area, Third Footer Widget Area atau Fourth Footer Widget Area.
Untuk mengubah paparan belakang pada laman web, klik pada Background yang akan memaparkan bahagian seperti di bawah.
- Untuk memuat naik gambar atau imej yang hendak dijadikan sebagai paparan belakang, klik pada butang Choose File. Setelah memilih fail imej yang dikehendaki, klik pada butang Upload.
- Bagi menukar warna paparan pula, klik pada Select a Colour.
- Anda juga boleh menukar bahagian atas paparan ( header ) dengan imej yang lain.
- Untuk menukar paparan atas ( header ) tersebut, klik pada Header.
Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian Custom Header.
- Klik pada butang Choose File untuk memilih imej yang sesuai daripada komputer anda.
- Kemudian, klik pada butang Upload.
- Selepas itu, klik butang Save Changes.
- Segala perubahan yang telah dibuat boleh dilihat melalui front end.
6. Membuat Kiriman
- Apabila segala tetapan pada paparan telah dilakukan, sudah pasti anda hendak membuat kiriman yang boleh dibaca oleh semua pengunjung laman web anda. Untuk berbuat demikian, langkah-langkah berikut perlu di lakukan ;
- Pergi pada bahagian Posts.
- Klik Add New. Selepas itu, anda akan dibawa ke paparan di bawah
- Taipkan tajuk kiriman.
- Taipkan kiriman dalam ruang yang disediakan.
- Terdapat beberapa fungsi yang disediakan dalam bahagian ini yang membolehkan anda menetapkan media yang ingin dimasukkan dan tetapan pada bentuk kiriman yang ingin dipaparkan.
- Selepas menaip atau meletakkan kiriman pada ruangan yang disediakan, pilih format dan kategori kiriman.
- Bagi kiriman yang biasa, pilih format Standard.
- Sekiranya kiriman anda berbentuk gambar atau koleksi foto, pilih format Image atau Gallery.
- Sebelum menyiarkan kiriman, pilih kategori kiriman yang sesuai.
- Anda juga boleh menambah jenis kategori ( Add New Category ) yang dikehendaki oleh anda.
- Setelah semua tetapan telah dilakukan, tibalah masa untuk menyiarkan kiriman anda.
- Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada melihat kiriman dahulu ( preview ), simpan sebagai draf ( save draft ) atau terus menyiarkan kiriman tersebut ( publish ).
7. Menetapkan Halaman
Anda boleh menetapkan bilangan dan jenis halaman ( pages ) yang hendak dipaparkan. Setiap halaman hendaklah mempunyai fungsi yang berbeza agar memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat.
- Pergi pada bahagian Pages.
- Klik Add New.
- Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman Add New Page.
- Pada bahagian ini, anda boleh menentukan tajuk halaman ( page ) dan maklumat yang ingin dipaparkan.
- Anda juga boleh menetapkan sama ada halaman ini boleh dilayari oleh semua pengunjung atau terhad kepada pengunjung tertentu yang mempunyai kata laluan.
- Untuk membuat kata laluan pada halaman ini, pergi pada bahagian Publish.
Kemudian, pergi pada bahagian Visibility. Klik pada Edit.
- Selepas itu, klik pada butang Password Protected.
- Masukkan kata laluan ( password ) yang dipilih dan klik OK.
- Kemudian klik butang Publish.
- Tetapan seperti ini juga boleh dilakukan pada kiriman ( post ).
- Sekiranya anda ingin menjadikan halaman utama ( Home ) menjadi halaman yang statik , manakala semua kiriman ( post ) anda disiarkan dalam halaman Blog, beberapa tetapan perlu dilakukan.
- Pertama, anda perlu membuat halaman yang baru dengan nama Utama atau Home.
- Seterusnya, pergi kepada bahagian Settings dan klik pada Reading.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Reading Settings.
- Klik pada butang A Static Page. Bagi Halaman Utama ( Front page ) pilih Utama manakala bagi halaman kiriman, pilih Blog.
- Setelah semua tetapan telah dibuat, klik butang Save Changes.
8. Menetapkan Kemudahan Perkongsian
- Kemudahan perkongsian ( sharing ) ini membolehkan anda untuk menetapkan laman sosial yang boleh dihubungkan bersama laman web atau blog anda.
- Selain itu, anda juga boleh menetapkan butang atau ikon yang berfungsi untuk memberi peluang kepada pengunjung berkongsi maklumat daripada laman web atau blog anda.
- Pengunjung boleh mencetak maklumat daripada kiriman yang disiarkan, menyimpan kiriman dalam bentuk PDF serta berkongsi kiriman tersebut melalui e-mail, Faceook dan Twitter.
- Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mengaktifkan fungsi ini ;
- Pergi pada bahagian Settings.
- Klik Sharing.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Sharing Settings.
- Untuk menghubungkan laman web anda bersama Facebook, klik pada Connect to Facebook. Cara yang sama juga digunakan untuk menghubungkan laman web anda kepada laman sosial yang lain.
- Untuk membenarkan pengunjung berkongsi maklumat yang anda sediakan, klik pada servis yang disediakan pada bahagian Available Services dan tarik ( drag ) ke bahagian Enabled Services.
9. Menetapkan Pautan
- Anda boleh menetapkan pautan kepada laman web yang lain melalui fungsi Link. Malah anda juga boleh menetapkan pautan bagi kiriman yang terdapat dalam laman web yang sama.
- Sebelum menetapkan pautan ( link ), anda perlu menetapkan kategori pautan (Link Categories).
- Klik pada Link Categories.
- Taip nama kategori yang dikehendaki dan klik butang Add New Link Category.
- Kemudian, pada bahagian Links, klik Add New.
- Taipkan nama pautan dan alamat / URL laman web yang hendak dipautkan.
- Pilih kategori yang sesuai.
- Setelah tetapan telah dibuat, klik pada butang Add Link.
10. Menjadikan Laman Web Anda Sebagai Laman web Komuniti
- WordPress.com menyediakan fungsi yang membolehkan anda menjadikan laman web atau blog yang dibangunkan menjadi laman web komuniti.
- Laman web komuniti bermaksud semua pengunjung boleh mengirim serta menyumbangkan kiriman yang akan disiarkan dalam laman web yang anda bangunkan.
- Terdapat 4 kategori pengguna bagi tujuan ini :
i) Administrator
Administrator mempunyai pemilikan yang penuh terhadap laman web yang dibangunkan dan boleh membuat sebarang tetapan yang dikehendaki. Hanya seorang sahaja Administrator dicadangkan untuk mempunyai pemilikan penuh tersebut.
ii) Editor
Pengunjung atau pengguna yang berperanan sebagai Editor boleh menyiar, mengedit dan membuang mana-mana kiriman atau halaman. Seorang Editor juga boleh memuat naik fail dan imej ke dalam kiriman.
iii) Author
Pengunjung atau pengguna yang berperanan sebagai Author hanya boleh menyiar, mengedit dan membuang kiriman mereka sahaja. Mereka juga boleh memuat naik fail dan imej ke kiriman mereka.
iv) Contributor
Pengunjung atau pengguna yang berperanan sebagai Contributor pula boleh mengedit kiriman mereka tetapi tidak boleh menyiarkan kiriman tersebut. Apabila mereka membuat kiriman, kiriman tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Administrator sebelum boleh disiarkan. Setelah kiriman tersebut disiarkan, kiriman tersebut tidak boleh lagi diedit oleh Contributor.
- Untuk menetapkan pengunjung atau pengguna kepada kategori-kategori ini, beberapa langkah perlu dilakukan.
- Pergi ke bahagian Users dan klik Invites.
- Kemudian anda akan dibawa ke halaman di bawah.
- Perlu diingatkan bahawa hanya pengguna atau pengunjung yang berdaftar dengan akaun WordPress sahaja dibenarkan untu menjadi pengguna.
- Para pengunjung atau pengguna mempunyai pilihan untuk mendaftar akaun WordPress.com dengan mempunyai laman blog atau hanya berdaftar untuk memperoleh akaun WordPress tanpa memiliki laman blog sendiri.
- Isikan maklumat pengguna atau pengunjung yang diperlukan.
- Setelah semua maklumat dilengkapkan, klik pada butang Send Invite.
- Para pengguna atau pengunjung yang telah dijemput (Invite) akan menerima e-mail daripada WordPress.com untuk mengesahkan persetujuan mereka.